ARTIKEL

Lelaki maut dalam insiden kereta MPV dan jengkaut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SELANGAU: Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiknya terbabit kemalangan dengan sebuah jentolak di Bukit Dinding Jalan Metading-Selangau, di sini semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau menerima laporan dari BBP Mukah berhubung kejadian kira-kira jam 2.20 petang.

Pasukan bomba dan orang ramai mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

Katanya, enam anggota dari BBP Selangau dikerahkan ke lokasi kejadian dan turut dibantu sembilan anggota BBP Mukah.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta pelbagai guna (MPV) yang dinaiki enam penumpang termasuk pemandu dengan sebuah jengkaut yang sedang melakukan kerja-kerja di tepi jalan tersebut.

“Seorang wanita dewasa masih tersepit di tempat duduk penumpang bahagian hadapan manakala pemandu serta empat penumpang yang lain dikeluarkan oleh orang awam,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pasukan bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk hadapan. 

Katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kaki dan telah diserahkan kepada petugas perubatan untuk dibawa ke Hospital Mukah.

Sementara katanya, pemandu, lelaki dewasa mengalami cedera ringan sementara status penumpang lain iaitu remaja lelaki dan perempuan tidak diketahui kerana dibawa keluar oleh orang awam.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak kehilangan figura yang berdedikasi

KUCHING: Sarawak kehilangan figura yang telah mendedikasikan hampir seluruh usianya untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan. Demikian kata Timbalan Menteri Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan

BERITA TERBARU

Wawasan Tun Taib menjurus kepada pemodenan Sarawak

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mempunyai karakter sebagai pemimpin berwawasan dan seorang yang berfikiran strategik berjaya membawa perubahan, sekali gus

Tun Taib bawa pembangunan berterusan

KUCHING: Hubungan rapat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sarawak yang terjalin rapat sejak pentadbiran bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud membawa