ARTIKEL

Lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Kuching-Serian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PADAWAN: Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta di Batu 15, Jalan Kuching-Serian di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Mohd Radzi, berkata kejadian dilaporkan berlaku pada 11.08 pagi.

“Mangsa, 59 tahun, yang menunggang motosikal Honda Wave dalam perjalanan menuju ke Serian berhampiran simpang Kampung Seratau, telah terbabit dalam kemalangan dengan sebuah Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Toyota Innova,” beliau memberitahu dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Irwan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual

BERITA TERBARU