Lelaki maut dipercayai ditikam di RPR Batu Kawa

KUCHING: Seorang lelaki ditemui maut dipercayai dibunuh di kaki lima sebuah kedai makan di RPR Batu Kawa dekat sini awal pagi tadi.

Lelaki Melayu berusia 37 tahun itu, dipercayai rakyat tempatan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah, dengan kesan tikaman.

Pasukan paramedik yang tiba kemudian mengesahkan beliau tidak lagi bernyawa.

Polis Padawan kini sedang memburu seorang lelaki yang dipercayai ada hubungan dengan kes ini.

Suara Sarawak