KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki maut tersepit pada sebuah lif ketika melakukan kerja penyelenggaraan di sebuah pangsapuri pusat beli-belah di sini.
Mangsa berusia 39 tahun disahkan oleh meninggal dunia oleh petugas perubatan di tempat kejadian.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 9.56 pagi tadi.
Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan telah dikerahkan ke tempat kejadian.
“Komander Operasi melaporkan seorang mangsa tersepit ketika melakukan kerja menyelenggara lif.
“Pihak bomba dibantu oleh pihak pengurusan bangunan untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my