ARTIKEL

Lelaki maut, Hilux bertembung lori di Jalan Sarikei-Bintangor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sarikei-Bintangor, hari ini.

Insiden kira-kira jam 10.45 pagi itu mengakibatkan mangsa, Tiong Ping Chiong, 56, tersepit di bawah lori sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 10.49 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan pertembungan dua buah kenderaan iaitu Hilux dan lori.

“Pemandu lori bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan petugas kesihatan di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pasukan operasi terpaksa mengeluarkan mangsa dengan bantuan lori awam menggunakan jentera penarik untuk memisahkan kenderaan tersebut.

“Ia berikutan pihak kita berdepan kesukaran untuk mengeluarkan mangsa dengan keadaannya yang tersepit di bawah lori.

“Setelah kedua-dua kenderaan berjaya dipisahkan, kita bertindak mengeluarkan mangsa namun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik,” ujarnya.

Katanya lagi, mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjutnya.

Bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

BERITA LAIN

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal

BERITA TERBARU

Bekas wartawan penyiaran Sarawak meninggal dunia

KUCHING: Bekas wartawan penyiaran dari Sarawak, Datuk Affandi Tahir, meninggal dunia di kediamannya di sini semalam. Menurut laporan TVS hari ini, berita pemergiannya disahkan oleh anaknya, Faisal