ARTIKEL

Lelaki maut kemalangan di Jalan Betong-Spaoh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SPAOH: Seorang pemandu maut manakala dua penumpang cedera parah dalam kemalangan kendiri berhampiran Matop, Jalan Betong-Spaoh, awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi mengesahkan insiden berlaku kira-kira jam 6.45 pagi melibatkan sebuah Proton Waja yang melanggar pembahagi jalan di pusingan-P.

“Setibanya pasukan bomba diketuai PBK II Freddy John di lokasi, didapati Waja tersebut dinaiki tiga individu.

“Pemandu yang tersepit dikenali sebagai Johny Belikau Bari, 38, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan yang berada di lokasi,” katanya di sini, hari ini.

Jelasnya, mayat selepas dikeluarkan menggunakan peralatan khas diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sementara dua lagi penumpang menurut Vincent, yang masing-masing lelaki, 23 tahun dan perempuan, 17 tahun mengalami kecederaan parah.

“Bagaimanapun, mereka telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan bomba dan dikejarkan ke Hospital Betong,” ujarnya.

Difahamkan kesemua mereka dalam perjalanan dari Lubok Antu.

Operasi tamat pada 8.24 pagi selepas bomba turut membersihkan bekas kawasan kemalangan.

PASUKAN bomba mengeluarkan pemandu yang tersepit.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta