
ENGKILILI: Seorang pemandu kereta Proton Saga disahkan maut selepas melanggar penghadang jalan berhampiran Kampung Jelukong, Jalan Engkilili-Betong, awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dikenali sebagai Ibrahim Seman, 55 tahun.
“Mangsa terlibat dalam kemalangan kendiri akibat melanggar penghadang jalan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu jelasnya, ketika pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong sampai, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri telah dikeluarkan oleh orang awam.
“Kematian mangsa disahkan oleh pasukan perubatan dari Hospital Betong dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” tambahnya.