Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lelaki maut, kereta bertembung lori di simpang Dijih, Jalan Sibu-Selangau

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SIBU: Seorang lelaki maut setelah kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah lori muatan kayu balak di simpang Dijih, Jalan Sibu-Selangau, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam satu kenyataannya berkata, mangsa yang maut dikenalpasti sebagai Joelin Mat berusia 38 tahun.

Beliau berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.07 malam.

“BBP Selangau kemudian sebuah jentera LFRT beserta enam anggotanya yang diketuai PBK II Abdul Malik Chi (Penyelia BBP Selangau).

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan dua buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan berat lori membawa muatan kayu balak dan sebuah kereta Proton Wira.

“Terdapat seorang mangsa berada di dalam kenderaan Proton Wira tersepit di tempat duduk pemandu dan telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba,” ujarnya.

Jurucakap itu memberitahu mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak paramedik manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan dan berjaya keluar dari kenderaan sebelum anggota tiba. 

Tambahnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Pasukan bomba melakukan pembersihan serpihan kemalangan di jalan raya bagi mengelakkan sebarang risiko dan bahaya kepada pengguna jalan raya lain. 

“Setelah mendapati keadaan selamat serta terkawal, anggota berangkat balik ke balai dan operasi ditamatkan pada jam 9.41 malam,” katanya.

MAUT…Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta.

Berita Berkaitan

E-Paper

22 Mac 2023

Berita Terbaru

Ubah status maklumat

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani rang undangundang