Trending

Lelaki maut, kereta dipandu terbabas di Jalan Datuk Haji Daud

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
MAUT...Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan KKM.

KUCHING: Seorang lelaki disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dipandunya terlibat kemalangan berhampiran Jalan Datuk Haji Daud, Matang, kira-kira jam 3.54 pagi tadi.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta jenis Toyota Vios oleh orang awam di lokasi kejadian.

Kemalangan kendiri terbabit menyaksikan kereta dipandu mangsa terbalik, dipercayai hilang kawalan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mangsa yang tidak sedarkan diri telah dikeluarkan oleh orang awam daripada kenderaan sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu menambah, tiada tindakan operasi penyelamatan dijalankan memandangkan mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.

TERBALIK…Kereta dipandu mangsa ditemui dalam keadaan terbalik di lokasi kejadian

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru