ARTIKEL

Lelaki maut kereta langgar pokok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Johari Sunam, pagi tadi.

Mangsa, Po Ah Ho, 46, maut selepas kenderaan jenis Perodua Alza yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar sebatang pokok.

Menurut kenyataan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bintulu, pihaknya menerima maklumat kejadian pada jam 7.05 pagi.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah pusat bandar menuju ke kediamannya di Taman Golden Villa.

“Setibanya, di lokasi kejadian, kenderaan dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar pokok di pembahagi jalan,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Keadaan kenderaan mangsa yang terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Johari Sunam, di Bintulu, awal pagi tadi.

LAIN-LAIN BERITA

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan

BERITA TERBARU

Kebajikan golongan OKU terus diperjuangkan

MIRI: Kebajikan serta sokongan untuk golongan orang kelainan upaya (OKU) akan terus diperjuangkan bagi memastikan mereka mempunyai peluang dan hak yang sama rata dalam kalangan