ARTIKEL

Lelaki maut langgar belakang jengkaut di Sibu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya melanggar bahagian belakang jengkaut yang diparkir di Kilometer 30, Jalan Nanga Tutus, malam tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie berkata dalam kejadian kira-kira 9.30 malam tadi, mangsa Ingkoi Ledom, 58, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Perodua Kenari itu.

“Mangsa tersepit dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sibu di lokasi kejadian dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah, Sibu dan tiga anggota dari BBP Pusat Sibu digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 33 kilometer dari sini.

Operasi selesai pada 11.06 malam tadi.

– Bernama

BERITA LAIN

BERITA TERBARU