ARTIKEL

Lelaki maut, motorsikal bertembung dengan Triton

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PANTU: Seorang lelaki maut setelah motorsikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 54 Jalan Sri Aman-Kuching malam semalam.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Bingkok John berkata, mangsa dikenali sebagai Louista Tingom berusia 30 tahun dan berasal daripada kawasan Rumah Suting, Punggu Dadak.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Kuching menuju ke Sri Aman sekitar jam 10.53 malam.

“Kemalangan berlaku di jalan selekoh setelah sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dari arah Sri Aman dipercayai masuk ke laluan bertentangan lalu menyebabkan pertembungan antara kedua-dua kenderaan.

“Akibat daripada itu, mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala pemandu Triton tidak mengalami sebarang kecederaan,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dedahnya, mayat mangsa seterusnya dibawa ke bilik mayat Hospital Sri Aman beserta dengan sampel darah pemandu Triton bagi tujuan ujian kimia dan siasatan lanjut dilakukan.

Ujarnya, kes diklafisikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

Anyi cadang pewarisan senapang patah diperluas

KUCHING: Kelonggaran pewarisan senapang patah kepada adik-beradik kandung dicadangkan bagi menangani isu harta pusaka masyarakat Dayak, khususnya apabila pemilik meninggal dunia tanpa meninggalkan anak atau

Penduduk belanja RM3,500 sebulan bantu pelajar

KUCHING: Penduduk setempat membelanjakan kira-kira RM3,500 sebulan sejak tiga tahun lalu bagi menampung keperluan lebih 20 pelajar luar kawasan yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK)

BERITA TERBARU