ARTIKEL

MAUT… Buruh lelaki maut dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi.

Lelaki maut, motosikal bertembung dengan kereta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Seorang buruh lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan dalam kemalangan di Jalan KM 19.5, Jalan Serasot/Stass/Bau di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau DSP Jawai Francis Kempas berkata, dalam kejadian kira-kira 7.40 pagi tadi, mangsa yang berusia 54  tahun dan tinggal di Kampung Skibang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Siasatan awal dapati pemandu kenderaan Proton Wira hilang kawalan sehingga terbabas dan berpusing masuk ke laluan bertentangan lalu terlanggar motosikal jenis Honda Wave milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Jawai, akibat kejadian itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Bau dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Bau untuk tujuan bedah siasat.

Katanya, pemandu Proton Wira pula cedera di bahagian muka, kepala serta belakang badan dan kini dirawat di Wad Kecemasan Hospital Bau.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis meminta saksi kejadian untuk tampil memberi maklumat kepada Pegawai Penyiasat Kes, Insp Mahadir Samah di talian 016-5827772 bagi tujuan siasatan.

“Pihak polis menasihati orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa,” tegasnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU