Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Lelaki maut motosikal bertembung lori

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

KUCHING: Seorang lelaki meninggal dunia selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori di Jalan Astana, Petra Jaya kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Bingkok John berkata kejadian berlaku ketika mangsa berusia 43 tahun itu bergerak dari arah bulatan mahkamah menuju ke arah Lorong Petra 1, Jalan Astana.

“Mangsa yang menunggang motosikal seorang diri kemudian terbabas masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan sebuah lori.

“Akibat kemalangan, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah siasatan awal mendapati punca kemalangan adalah daripada mangsa sendiri.

Bingkok berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Manakala, katanya pemandu lori terbabit, lelaki berusia 65 tahun tidak mengalami kecederaan.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru