Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Lelaki maut motosikal hilang kawalan, jatuh ke dalam anak sungai

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
JATUH... Mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan kendiri lalu jatuh ke dalam sebatang anak sungai di lokasi kejadian

BAU: Satu mayat lelaki ditemui terdampar bersama sebuah motosikal di dalam sebuah sungai disyaki terlibat dalam kemalangan kendiri di Kilometer 13.8, Jalan Bau-Serikin, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima kejadian daripada orang awam sekitar jam 8.46 pagi.

“Hasil pemeriksaan pasukan operasi menjumpai seorang lelaki tidak sedarkan diri bersama sebuah motosikal berada di dalam sebatang anak sungai.

“Pihak bomba telah berjaya mengangkat mangsa ke darat sebelum mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Bau,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, mayat dikenali sebagai Kanan Muniandy, 39, beralamat No 815 Lot 1997 Lorong Taman Desa Wira, Skim penempatan baru 93250.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa ketika kejadian dalam perjalanan dari kawasan Jagoi menuju ke pasar Bau dengan menunggang motosikal seorang diri.

“Kejadian berlaku ketika motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan dan masuk ke dalam parit.

Baca lain  Rumah, kereta dan motosikal musnah dalam kebakaran di Jalan Ing Guong, Sungai Bidut 

“Akibat daripada itu mangsa tercampak ke dalam anak sungai,” jelasnya.

Susulan itu, katanya, mayat seterusnya dibawa ke Hospital Bau untuk tindakan siasatan lanjut.

Ujarnya, kes masih lagi disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dalam pada itu, operasi menyelamat mangsa oleh BBP Bau tamat pada jam 9.39 pagi.

Terdahulu, seramai 10 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau diketuai PBK II Tiwi Nios terlibat dalam operasi di tempat kejadian.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru