ARTIKEL

Lelaki maut terjatuh dari barket belakang 4WD

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas terjatuh dari barket belakang kenderaan jenis empat roda (4WD) ketika dalam perjalanan di jalan raya KM448, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Awang Arfian Awang Bujang berkata, mangsa dikenali sebagai Sanawi yang berasal daripada Bojonegoro dipercayai terjatuh ketika kenderaan terbabit melalui jalan tidak rata.

Menurutnya, kenderaan terbabit telah dipandu oleh seorang warga tempatan berusia 60 tahun bersama mangsa dari arah Meradong ke tapak pembinaan yang lain.

OPERASI… Pihak bomba dan PDRM turut berada di lokasi kejadian bagi membantu operasi menyelamat dan kawalan lalu lintas

“Ketika kejadian mangsa dipercayai sedang duduk di belakang barket telah terjatuh ke atas jalan raya semasa kenderaan terbabit melanggar jalan yang tidak rata.

“Akibat daripada itu mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Ambulan yang hadir ke lokasi kejadian,” jelasnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mayat mangsa seterusnya akan dilakukan bedah siasat namun tarikh dan masa belum ditentukan untuk siasatan lanjut.

Ujarnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

Sarawak dapat peruntukan RM1.5 bilion dari KKDW

SARIKEI: Sarawak terus mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan apabila menerima peruntukan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sebanyak RM1.5 bilion di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan