ARTIKEL

Lelaki maut terjatuh di tebing jalan Pan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki maut setelah disyaki terjatuh di tebing jalan Pan Borneo beranggaran ketinggian empat meter dalam satu kejadian kemalangan di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan sekitar jam 9.05 pagi, kemudian segera menggerakkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati ia merupakan kemalangan kendiri yang melibatkan sebuah motosikal.

“Terdapat seorang mangsa lelaki telah terjatuh di tebing jalan Pan Borneo anggaran ketinggian empat meter, serta dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihak bomba kemudiannya bertindak membantu mengangkat mangsa menggunakan stretcher, namun mangsa disahkan telah meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan kesihatan.

Ekoran itu katanya, mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya, dan operasi sekali gus ditamatkan pada jam 11 pagi.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda