ARTIKEL

Lelaki maut terkena renjatan elektrik di dalam Lurang Pulau Indah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SHAH ALAM: Seorang lelaki maut akibat terkena renjatan elektrik di dalam lurang di susur keluar Laguna Park Pulau Indah dekat sini, petang semalam. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Morni Mamat berkata pihaknya menerima panggilan pukul 4.04 petang dan tiba 10 minit kemudian di lokasi kejadian. 

Beliau berkata bagaimanapun, pasukan penyelamat perlu menunggu bantuan daripada pihak Tenaga Nasional Bhd (TNB) kerana masih ada arus elektrik di dalam lurang itu.

“Pada pukul 11.45 malam, pihak TNB telah menutup arus elektrik berkuasa 33 kilovolt (KV) dan mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh pihak bomba dengan bantuan daripada kontraktor TNB yang menggunakan jentera backhoe pada 12.15 tengah malam,” katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata mayat mangsa berusia 30-an itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.- BERNAMA

BERITA LAIN

FAHMI KECAM TINDAKAN UGUT, ANCAM KESELAMATAN WARTAWAN

KUCHING: Kerajaan memandang serius dakwaan ahli politik menyerang dan mengugut wartawan sebuah portal berita berbahasa Tamil baru-baru ini.Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau berpendirian bahawa

BERITA TERBARU