Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

Lelaki maut tertembak selepas disangka burung

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
DIRAMPAS… antara senjata yang dirampas oleh pihak polis setelah suspek dipercayai tetembak seorang lelaki sewaktu berburu pada Rabu.

JULAU : Seorang lelaki berusia 29 tahun maut setelah ditembak oleh seorang pemburu yang menyangkanya seekor burung ketika berburu di kawasan hutan di Nanga Dayu Pakan petang Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Julau Deputi Superintendan Andam Sulin berkata mangsa dikenali Nissa Jamau pada awalnya keluar dan berjalan kaki selama dua jam dari Rumah Anthony, Sungai Merah bersama-sama dua orang lagi rakannya untuk pergi berburu di dalam hutan.

“Dalam perjalanan tersebut mangsa bersama-sama rakannya berhenti seketika untuk berehat.

“Dalam masa yang sama suspek yang juga seorang pemburu berusia 45 tahun telah keluar bersendirian berjalan kaki selama satu jam dari Ulu Budu Saratok,
“Setibanya di tempat kejadian suspek telah melepaskan tembakan ke arah mangsa yang disangkanya seekor burung,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun tambahnya mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku antara sempadan Rumah Uding, Ulu Budu, Saratok dengan Rumah Anthony, Sungai Merah, Dayu Pakan.
“Selepas melepaskan tembakan suspek terus bergerak ke arah mangsa dan mendapati dirinya tertembak mangsa. Suspek meminta maaf kepada dua orang rakan mangsa dan segera pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan.
“Kemudian suspek bertindak menyerah diri ke Balai Polis Julau dan ditahan sekitar jam 2 pagi di perkarangan Balai Polis Julau,” dedahnya lagi.
Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut dan hasil pemeriksaan awal mendapati lebih 15 kesan tembakan dijumpai di belakang badan dan kepala mangsa.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960, yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM 10,000 atau kedua-duanya,”ujarnya
Andam Sulin turut mengingatkan orang ramai yang ada memiliki lesen pemilikan senjata api agar tidak membenarkan pinjaman sejata kepada individu lain yang tidak mempunyai lesen memiliki dan mengguna senjata api.
“Selain itu waris yang memiliki senjata api haruslah memperbaharui lesen pemilikan senjata api mereka daripada pemilik asal yang telah meninggal dunia,” tambahnya lagi.

E-Paper

20 Mac 2023

Latest News