ARTIKEL

Bomba Melaka

Lelaki maut, wanita dan bayi cedera parah dalam kemalangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut manakala seorang wanita dan bayinya yang berusia tujuh bulan cedera parah dalam kemalangan melibatkan dua kereta di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) – Rembia di sini, lewat petang tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Ashari Abu Samah berkata mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Bezza Mohammad Ariffin Abdullah Thani, 33, akibat kecederaan parah pada kepala dan operator kilang itu meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Alor Gajah pada 9.07 malam tadi.

Beliau berkata wanita berusia 30 tahun yang memandu Proton Saga dan bayi perempuannya pula dirawat di zon merah Hospital Melaka akibat kecederaan parah pada kepala.

“Kemalangan turut menyebabkan seorang lagi penumpang Proton Saga iaitu wanita berusia 24 tahun cedera pada beberapa anggota badan dan dirawat di zon kuning hospital sama,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata polis menerima maklumat berkaitan kemalangan melibatkan Perodua Bezza dari arah Melaka menghala Alor Gajah dan Proton Saga dari arah bertentangan itu pada 7.07 malam.

Kemalangan itu katanya dipercayai berlaku apabila Perodua Bezza memasuki ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan Proton Saga. – BERNAMA

BERITA LAIN

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP