ARTIKEL

Anggota bomba bertungkus-lumus memotong jeriji longkang

Lelaki menahan derita kaki tersempit pada jeriji longkang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki dewasa tersepit kaki pada jeriji longkang di Senadin tengah malam tadi.

Pihak gerakan operasi menerima panggilan pada 12.29 pagi sebelum anggota dikerah ke tempat kejadian.

“Anggota bomba menjalankan operasi dengan memotong jeriji tersebut dengan menggunakan circular disksaw sehingga operasi selesai,” menurut kenyataan Balai Bomba dan Penyelamat Lutong Miri.

Keadaan kaki mamgsa yang tersempit pada jeriji longkang

Keluarga mangsa dinasihati supaya membawa mangsa ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut dan memastikan keadaan selamat.

Seramai lima anggota bomba terlibat dalam operasi yang mengambil masa 11 minit tersebut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Presiden Rusia tawa perdamaian bersyarat kepada Ukraine

MOSCOW, Rusia: Presiden Rusia, Vladimir Putin, semalam mencadangkan perdamaian kepada Ukraine dengan menggariskan syarat-syarat Rusia untuk menamatkan serangan dan memulakan rundingan damai, lapor Agensi Anadolu