ARTIKEL

Lelaki mengaku bersalah merompak secara berkumpulan, rakan sejenayah gagal hadir akibat positif Covid-19

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki berusia 20 tahun mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan, Januari lalu.

Bagaimanapun, Hakim Afidah Abdul Rahman menetapkan tertuduh yang merupakan pesalah muda untuk laporan sosial pada 27 Oktober depan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan terhadap Umar Amin, 58, hingga menyebabkan kecederaan.

Selain itu, dia bersama seorang rakannya telah merompak sejumlah wang bernilai RM700, sebuah telefon pintar dan dokumen pengenalan mangsa.

Mereka didakwa melakukan kegiatan tersebut sekitar jam 7.15 petang di Jalan Simen Raya, 16 Januari lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum Penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sementara itu, rakan tertuduh gagal menghadirkan diri ke mahkamah kerana didapati positif Covid-19 dan sedang dalam tempoh kuarantin serta pemulihan.

Oleh itu, mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Oktober depan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU