Pembantu pergigian maut dalam nahas jalan raya

Lelaki mengaku tidak bersalah cabul wanita warga Amerika Syarikat

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencabul seorang wanita warga asing pada 22 Jun lepas.

Tertuduh Chua membuat pengakuan itu selepas satu pertuduhan di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memukul punggung seorang wanita warga Amerika Syarikat berusia 40-an di atas tangga sebuah rumah inap desa di Jalan Bukit Mata, kira-kira jam 7.45 malam, 22 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga sepuluh tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana berkaitan.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 beserta seorang penjamin tempatan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula bagi pengurusan kes pada 8 Ogos depan.

Difahamkan, semasa mangsa berjalan menuju ke bilik penginapannya. Dia dan rakannya menyedari seorang lelaki tidak dikenali mengekori mereka tiba-tiba memukul punggung mangsa dengan kuat sehingga menyebabkan mangsa menjerit.

Tertuduh kemudian melarikan diri kerana terkejut mendengar jeritan mangsa. Secara kebetulan, dua orang lelaki menunggang motosikal yang lalu di kawasan terbabit lalu mengejar dan menahan tertuduh.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh diwakili Peguam Lim Lian Kee.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 Mac 2023

Berita Terbaru

Biskut kami halal

KUCHING: “Biskut buatan tangan kami halal,” demikian kata Anchong Tan