KUCHING: Seorang lelaki berusia 29 tahun mengaku tidak bersalah di hadapan Mahkamah Tinggi hari ini, atas kesalahan mengangkut lima orang pendatang tanpa izin yang di seludup dari Indonesia, Jun lalu.
Tertuduh berusia 29 tahun, membuat pengakuan atas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Dr Alwi Abdul Wahab.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di kawasan Kampung Jampari, Jalan Lundu/Sematan menggunakan sebuah kereta jenis SUV, kira-kira jam 5.30 pagi, 29 Jun lepas.
Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 26J ATIPSOM 2007 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan boleh didenda maksimum RM200,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Mahkamah juga membenarkan tertuduh bebas dengan jaminan tunai RM5,000 oleh dua penjamin tempatan.
Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah agar tertuduh tidak diberikan ikat jamin.
Namun, Peguam Ahmad Fairus yang diwakili Steven Beti memohon tertuduh agar diikat jamin dengan alasan tuduhan yang dikenakan adalah kesalahan yang kurang serius di bawah Seksyen 26 ATIPSOM 2007.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Ronie Entili manakala tertuduh diwakili seorang peguam.
Mahkamah juga memutuskan kes dilanjutkan kepada 29 November depan.