Lelaki meninggal dunia di air terjun

PAKAN: Seorang lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika mandi bersama tiga lagi rakannya di Air Terjun Fuji di sini, petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas Belulin berkata, mangsa dikenalpasti sebagai Sat Renang dari Rumah Rampoo Sungai Paoh.

Dalam insiden kira-kira 3.30 petang itu katanya, mangsa dilaporkan tidak timbul selepas terjun dari tingkat dua air terjun berkenaan.

“Rakan-rakannya yang berjaya menjumpai mangsa tidak lama kemudian cuba menyelamatkannya.

Menurut saksi, mangsa tidak memberi sebarang tindak balas setelah beberapa tindakan dibuat untuk menyedarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pasukannya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.57 petang.

Sebaik tiba di tempat kejadian katanya, mayat mangsa sudah dibawa oleh penduduk kampung berdekatan dengan jalan raya utama (Jalan Engkamop, Pakan).

“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebagai tindakan lanjut.

Suara Sarawak