ARTIKEL

Lelaki meninggal dunia selepas main badminton

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Seorang lelaki warga tempatan dilaporkan meninggal dunia selepas bermain badminton di dewan badminton Star Sport Complex Piasau Industry di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada jam 8.06 malam.

Katanya, hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 51 tahun.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Miri.

“Bagaimanapun, pemeriksaan di tempat kejadian tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dan tiada sebarang kecederaan dijumpai pada tubuh badan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, katanya, berdasarkan laporan tersebut, satu kertas Siasatan Mati Mengejut (SDR) dibuka bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Sementara, Alexson menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes ini kerana ia akan mengganggu siasatan.

Bagaimanapun, katanya individu yang mempunyai sebarang maklumat lanjut berkaitan kes ini diminta untuk tampil ke balai polis yang berdekatan untuk menyalurkan maklumat.

LAIN-LAIN BERITA

BERITA TERBARU