ARTIKEL

Lelaki meninggal dunia, tertembak oleh rakan sendiri ketika memburu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki meninggal dunia akibat tertembak oleh rakan sendiri semasa sedang memburu babi hutan di kebun kelapa sawit di kawasan Kampung Sungai Beradek, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP, Ahsmon Bajah berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.48 pagi semalam.

“Mangsa yang berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tembakan pada bahagian dada,” menurutnya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata tangkapan telah dibuat ke atas suspek, iaitu lelaki berumur 38 tahun, dan rampasan selaras senapang patah untuk siasatan lanjut.

Ahsmon berkata kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

“Pihak polis akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi melengkapkan siasatan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU