ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki miliki 0.87 gram ganja diperintah bon berkelakuan baik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang remaja lelaki diperintahkan bon berkelakuan baik selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret hari ini, kerana memiliki 0.87 gram dadah jenis ganja, Disember tahun lalu.

Majistret Ling Hui Chuan memerintahkan demikian selepas pendengaran laporan akhlak tertuduh berusia 17 itu daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Dia mengaku bersalah atas satu pertuduhan di bawah Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952, kerana memiliki dadah jenis ganja seberat 0.87 gram.

Dia didakwa memiliki bahan terlarang itu di tepi Jalan Semangat, di sini, sekitar 11.05 pagi, 2 Disember 2025.

Hui Chuan memerintahkan tertuduh bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM1,000 beserta ibu sebagai penjamin.

Menurut fakta kes, pada hari kejadian, pengadu merupakan anggota polis dan rakan setugas menjalankan tugas cegah jenayah di Jalan Semangat.

Semasa bertugas, mereka menahan seorang lelaki yang mencurigakan di tepi jalan.

Pemeriksaan dijalankan menjumpai satu paket lut sinar berisi daun kering dipercayai dadah jenis ganja.

Tangkapan dilakukan untuk siasatan lanjut dan barang-barang kes turut dirampas.

Hasil siasatan mendedahkan laporan kimia barang kes adalah dadah jenis ganja seberat 0.87 gram ganja.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nurshafiqa Nyaie Ilin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Golf Senior Pacu Pelancongan Sarawak

Kejohanan Golf Amatur Senior Antarabangsa Sarawak (SISAGC) 2026 bakal kembali tahun depan selepas edisi sulungnya berjaya menghimpunkan 156 pemain dari enam negara, sekali gus membuka