ARTIKEL

Rokok dan minuman beralkohol pelbagai jenama yang telah dirampas dalam Operasi Kontraban pada 22 April lalu

Lelaki muda dicekup jual rokok, minuman beralkohol tanpa cukai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga tempatan berusia lebih kurang 28 tahun telah ditahan di sebuah premis di Pujut Corner Jalan Bypass di sini kerana disyaki terlibat dengan penjualan rokok dan minuman beralkohol tanpa cukai.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu mengesahkan telah menerima laporan berkaitan tangkapan dan rampasan berkenaan.

Katanya, orang yang ditahan adalah seorang lelaki yang merupakan penjaga premis menerusi Operasi Kontraban yang dijalankan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari balai polis pusat pada 22 April lalu.

“Hasil pemeriksaan ke atas premis tersebut, pihak polis telah merampas rokok putih dan minuman beralkohol pelbagai jenama yang tiada label pelekat cukai kastam.

“Keseluruhan nilai barang rampasan yang terdiri daripada minuman beralkohol dan rokok putih pelbagai jenama itu dianggarkan berjumlah lebih kurang RM12,000,” katanya dalam satu kenyataan.

Ekoran itu katanya, suspek dan kesemua barang rampasan telah diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

Baca lain  Sri Aman kembali ke paras bahaya

Jelasnya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1957.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU