Trending

Lelaki murung, berlegar di tingkap tingkat tiga hotel

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BINTULU: Seorang lelaki dipercayai cuba membunuh diri dengan bertindak berlegar di tingkap tingkat tiga sebuah bangunan hotel berhampiran Jalan Masjid, di sini, semalam.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak menerusi satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan kejadian sekitar jam 7.42 malam.
Menurut kenyataan itu, hasil pemeriksaan awal mengesahkan mangsa, 33, dipercayai mengalami kemurungan telah bertindak mengunci diri di dalam bilik berkenaan.
Susulan itu dedahnya, seramai sembilan anggota Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Bintulu berada di lokasi cuba memujuk mangsa yang berada di tingkap tersebut dari bilik sebelah.
Mangsa akhirnya berjaya dipujuk oleh pasukan operasi, lalu bertindak membuka sendiri pintu bilik berkenaan sekitar jam 9.49 malam.
Ujarnya, mangsa yang disahkan selamat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Terdahulu katanya, jentera FRT turut ditempatkan di bawah bilik tersebut ketika kejadian untuk bersiap sedia daripada sebarang kemungkinan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru