ARTIKEL

Lelaki OKU berjaya hasilkan produk kraf kulit, dapat sambutan ramai 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEGAMAT: Kegigihan lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang lumpuh akibat kemalangan jalan raya sejak 30 tahun lepas menghasilkan produk kraf berasaskan kulit sebagai sumber rezeki, perlu dijadikan contoh kerana kini perniagaannya di Felda Tenang di sini, mendapat sambutan ramai.

Jaafar Athan, 55, yang memulakan penghasilan produk kulit pada 2010, bermodalkan RM450 bagi membeli barangan asas pembuatan kraf itu berkata antara barangan telah dihasilkan termasuk tali pinggang, dompet, beg dan pemegang kad sehingga mampu menjana pendapatan lebih RM2,000 setiap bulan.

“Hampir dua tahun saya buntu apabila disahkan lumpuh selepas kemalangan pada 1993, kemudian saya memulakan aktiviti tanaman lada, namun saya terpaksa berhenti menanam lada kerana kesukaran untuk bergerak bagi menguruskan tanaman tersebut memandangkan saya hanya berkerusi roda.

“Atas nasihat rakan-rakan, mereka menggalakkan saya bekerja secara indoor. Sebab itulah saya menceburi bidang kraf ini selepas mempelajarinya daripada rakan dan tutorial di YouTube,” katanya ketika ditemui Bernama pada program Majestic Johor Durian Retreat Bersama Media anjuran Tourism Johor di sini baru-baru ini.

Apabila perniagaan yang dibuat secara kecil-kecilan itu mendapat sambutan, dia nekad membuka sebuah galeri Kraf Kulit Jaafar Enterprise di Felda Tenang pada 2012 dan sejak itu galerinya sering menjadi tumpuan pelancong.

Menurutnya produk kraf yang dihasilkan adalah daripada pelbagai kulit haiwan antaranya lembu, kambing, kerbau dan kuda dengan setiap tempahan dibuat berdasarkan kreativiti sendiri, mengikut trend gaya selain memenuhi kehendak pelanggan.

Atas kecekalan dan usaha keras yang dilakukan sejak 13 tahun lepas itu, Jaafar berjaya merangkul pelbagai anugerah termasuk Tokoh OKU Peringkat Negeri Johor 2018 dan pemenang tempat ketiga Kategori Aneka Kraf dalam Pertandingan Seni Kreatif Jauhar Collection.

“Saya sangat berterima kasih kepada seluruh masyarakat khususnya di Felda Tenang dan Tourism Johor kerana turut menjadikan aktiviti pembuatan kraf kulit saya ini sebagai antara lokasi yang boleh dikunjungi apabila berkunjung ke daerah ini,” katanya.– BERNAMA

BERITA LAIN

Anak beranak maut kemalangan rempuh lampu jalan

KUANTAN: Seorang bapa dan anak lelakinya maut apabila motosikal mereka terbabas dan melanggar lampu jalan di KM18 Jalan Jerantut-Temerloh berhampiran simpang Bukit Ketupat, malam tadi.

91 murid keracunan makanan, tiada kes kritikal

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin mengesahkan berlaku kes keracunan makanan melibatkan 91 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya semalam.

BERITA TERBARU

SU Enterprise juara edisi sulung

KOTA SAMARAHAN: Pasukan SU Enterprise FC berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Veteran 2024 anjuran Unit Saberkas Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan. Skuad yang

Tingkatkan kesedaran bayar balik pinjaman

MUKAH: Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) mendedahkan sebanyak RM477,189 jumlah tunggakan bayaran balik Skim Pinjaman Rumah Panjang direkodkan di Bahagian Mukah sehingga Julai 2024. Pengerusinya Abdul