ARTIKEL

USAHA.. Anggota bomba berusaha menyelamatkan lelaki yang tersepit.

Lelaki patah paha kemalangan kendiri di Demak Laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki mengalami cedera parah selepas kereta yang dipandunya terbabas di Jalan Demak Laut di sini, pagi tadi.

Menurut Komander Operasi, PBK II Rahman Deni, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 7.34 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya bergegas ke lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Rahman, kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Viva yang terbabas lalu melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

Ujarnya, pemandu kenderaan itu masih tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pasukan bertindak menggunakan peralatan khas untuk menyelamatkan mangsa.

“Mangsa seterusnya diberi rawatan awal oleh unit EMRS dan dibawa ke hospital menggunakan Jentera pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Mangsa juga dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka dan patah pada bahagian paha,” katanya menambah operasi ditamatkan pada jam 8.15 pagi.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

Kyrgyzstan sekat TikTok

BISHKEK: Wanita muda, Aku Sharsheeva, 22, berasa kecewa apabila gagal mengakses platform TikTok di studio fotografinya di ibu kota Kyrgyzstan minggu ini. “Tiada apa-apa yang

Restoran Chef Arnold dikritik

CEF selebriti Indonesia, Chef Arnold, 35, mengakui kesal apabila restorannya dikecam oleh pengulas makanan, Codeblu. Menurutnya, pempengaruh TikTok itu mengunjungi restorannya baru-baru ini. Chef Arnold

Alternatif interpretasi karya sastera

MUZIK dan sastera merupakan dua aliran cabang seni yang sekian lama wujud dalam peradaban manusia. Muzik sebagai gubahan bunyi yang menghasilkan bentuk dan irama yang