ARTIKEL

REMUK… Keadaan Toyota yang remuk akibat kemalangan.

Pembuat roti maut dalam kemalangan kereta bertembung motosikal

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang pembuat roti maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan Toyota Vellfire di lampu isyarat Jalan Batu Kawa/Jalan Ketitir di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata Anthony Hiu Kuet Boo, 53, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Dalam kejadian sekitar jam 12.50 tengah malam itu, kemalangan melibatkan Toyota Vellfire yang dipandu seorang wanita berusia 25 tahun dengan motosikal Honda yang ditunggang mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Abang Zainal, kemalangan berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa yang bergerak dari arah MJC Batu Kawa dipercayai tiba-tiba membelok ke sebelah kanan hendak menuju ke arah Jalan Ketitir/Jalan Arang semasa lampu isyarat berwarna merah.

Katanya, motosikal mangsa kemudian dirempuh di bahagian sisi kiri oleh Toyota Vellfire yang sedang bergerak lurus dari arah Kuching menghala ke arah MJC Batu Kawa semasa lampu isyarat berwarna hijau.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa tercampak ke atas jalan raya manakala motosikal terseret ke bahu sebelah kiri jalan raya.

Baca lain  Ketua Wanita PBB Kuala Rajang galas tanggungjawab Timbalan Pengerusi MDS

“Lelaki terbabit kemudian disahkan maut di tempat kejadian oleh Paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS),” ujarnya.

Sementara itu, kata Abang Zainal, pemandu Toyota Vellfire mengalami kecederaan ringan di kaki dan tangan kiri manakala dua penumpang wanita masing-masing berusia 22 dan 26 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sementara kenderaan diarah dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk pemeriksaan,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh