ARTIKEL

Suspek lelaki yang ditahan di sebuah bengkel kampung di Sadong Jaya semalam.

Lelaki positif dadah ditahan, miliki satu gram syabu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan kerana memiliki dadah jenis syabu dengan anggaran berat satu gram di sebuah bengkel kampung di Sadong Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan Jaimi Husin berkata, lelaki itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Samarahan.

“Suspek telah dibawa ke Pejabat BSJN IPD Kota Samarahan untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam hantaran Facebook semalam.

Tambah Jaimi lagi, ujian air kencing telah dijalankan ke atas suspek yang didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamnie.

Suspek ditangkap untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, dan di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

“Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan dengan penyalahgunaan dadah menerusi talian 012-2087222,” katanya.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU