ARTIKEL

Lelaki pulang majlis konvokesyen, maut kemalangan kendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MERADONG: Seorang lelaki yang dipercayai pulang dari majlis konvokesyen maut selepas terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Tulai Bintangor/Sibu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Meradong Deputi Superintendan (DSP) Sekam Anoi berkata, dalam kejadian lebih kurang 7.30 pagi, mangsa, 23, disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Sarikei.

“Siasatan awal mendapati mangsa menunggang motosikal jenama Yamaha R15 berseorangan dari arah Bintangor menuju ke Sibu.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang dari majlis konvokesyen sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) di Kuching,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

MAUT…Lelaki maut dalam kemalangan di Jalan Tulai Bintangor/Sibu, pagi tadi.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut.

“Sehubungan itu, jika ada saksi melihat kejadian, sila hubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong Inspektor Muhammad Akmal Haziq di talian 013-9017731.

“Kes masih dalam siasatan and kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan,” tambahnya.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU