Trending

Lelaki rampas pistol ditembak mati

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

BAITULMUQADDIS: Polis Israel menembak mati seorang lelaki berbangsa Arab Israel yang merampas pistol daripada seorang pegawai polis dan melepaskan tembakan dalam pergelutan di Kota Lama Baitulmuqaddis.

Menurut polis Israel, serangan itu berlaku sekitar tengah malam berhampiran pekarangan masjid alAqsa di timur Baitulmuqaddis yang rampas Israel.

Pihak polis kemudiannnya menahan seorang suspek, dan ketika disoal siasat, suspek dikatakan tiba-tiba menyerang salah seorang anggota polis, merampas pistolnya, kata polis dalam satu kenyataan.

“Pihak polis bertindak pantas dan bergelut dengan suspek sebelum bertindak untuk menembak suspek.

Pegawai perubatan kemudian mengesahkan suspek maut akibat kejadian berkenaan,” kata kenyataan itu.

Suspek dikenal pasti sebagai penduduk Hura, iaitu sebuah perkampungan Badwi di selatan Israel.

Orang ramai yang berada di lokasi berhampiran melaporkan mendengar bunyi tembakan dan seorang jurugambar AFP melihat puluhan polis Israel dikerahkan di Kota Lama sekitar 1 pagi.

Serangan itu berlaku beberapa jam selepas ribuan penduduk Palestin memenuhi pekarangan masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat pada minggu kedua Ramadan.

Polis Israel berkata, lebih 100,000 orang berkumpul untuk beribadah di tapak ketiga paling suci Islam itu.

Sementara lebih 2,000 pegawai polis Israel ditempatkan di seluruh bandar.

Konflik Israel-Palestin menyaksikan peningkatan keganasan sejak awal tahun dan menambahkan kebimbangan berlakunya peperangan pada bulan Ramadan.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru