ARTIKEL

Lelaki rentung dalam kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBURAN: Seorang lelaki rentung manakala seorang lagi cedera dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah rumah flat di Program Perumahan Rakyat (PPR) Batu Gong di sini.

Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Henderi Ardimanshah berkata, mangsa yang identitinya tidak dikenal pasti ditemui rentung di dalam bilik tidur, yang terbakar seratus peratus.

” Sebelum itu, berlaku satu letupan besar yang memusnahkan 80 peratus rumah di tingkat empat tersebut.

Kata Henderi, bomba menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.02 pagi dan segera mengaktifkan dua jentera dan sebuah ambulans EMRS dari Balai Siburan dan Batu Lintang, dengan kekuatan 15 anggota.

‘ Bomba
segera bertindak membuat pemadaman menggunakan teknik ‘ofensif’’ dengan membentang hos 300 kaki dan satu nozel, bagi mengawal kebakaran dengan segera.

” Pasukan kemudian melakukan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada lagi punca api, sambil mendapatkan mangsa yang rentung,”katanya sebentar tadi.

BERITA LAIN

25 ekor lembu dikorban di Simunjan

SIMUNJAN : Sebanyak 25 ekor lembu dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Korban Daerah Simunjan pada tahun ini. Dari jumlah tersebut, 19 ekor disumbangkan Ahli Dewan

BERITA TERBARU