Lelaki rompak 750 kg emas bernilai RM165 juta di lapangan terbang

SAO PAULO: Sekumpulan lelaki bersenjata Brazil menyamar polis dan merompak 750 kilogram emas yang dianggarkan bernilai AS$40 juta (RM165 juta).

Mereka memasuki Lapangan Terbang Guarulhos di Sao Paulo, Brazil mengambil emas tersebut yang bakal dihantar ke New York, AS, Zurich, Swiss.

Mereka menjadikan dua pekerja lapangan terbang sebagai tebusan.

Beberapa laporan menyatakan beberapa suspek sebelum ini menculik keluarga pekerja lapangan terbang untuk mendapatkan maklumat.

Suspek membuat samaran menjadikan trak pikap mereka seperti kenderaan Polis Persekutuan Brazil.

Mereka memaksa pekerja memindahkan emas ke dalam kenderaan tersebut dengan salah seorang mereka memegang senapang.

Jurucakap lapangan terbang berkata tiada yang cedera dalam insiden itu.

https://www.youtube.com/watch?v=904KAXgN5Z8

Suara Sarawak