ARTIKEL

Lelaki rugi RM12,997 terpedaya tawaran kerja tidak wujud

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki berputih mata selepas mengalami kerugian RM12,997 angkara terpedaya dengan tawaran kerja yang tidak wujud di laman sosial.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataannya hari ini (Rabu) berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima laporan daripada mangsa yang berusia lingkungan 50-an pada Isnin.

“Mangsa telah berkenalan dengan seorang seorang nama wanita bernama Lapy Tyda dan telah diperdaya dengan tawaran kerja bidaan gambar di laman web Christies Estimate (Lelong Barang) yang tidak wujud di laman media sosial.

“Mangsa telah berurusan melalui aplikasi Wechat pada 27 Januari 2023 kerana mangsa tertarik tawaran komisen yang tinggi dengan membuat tawaran jualan ke atas gambar lukisan ‘pasu bunga – small Chinese Blue and White Jar and cover’,” katanya.

Zulkipli berkata, mangsa yang merupakan pekerja di sebuah pejabat swasta di sini diberikan komisen diantara 1USD sehingga 15USD bagi satu unit barangan.

Rentetan itu, pada 25 Januari 2023 sehingga 29 Januari 2023 mangsa telah membuat pembayaran sebanyak RM12,997/- secara empat kali transaksi ke atas tiga akaun bank dan setiap kali pembayaran mangsa diberitahu bahawa akan menerima komisen dan pulanganyang tinggi.

Namun, tegas beliau, sehingga laporan dibuat mangsa tidak menerima apa-apa pulangan dan keuntungan.

“Kesemua wang bagi tujuan mendapatkan komisen bagi bidaan gambar lukisan ini adalah daripada wang simpanan milik mangsa,” jelas beliau memberitahu bahawa kes akan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu.

Sementara itu, sebagai langkah pencegahan, tambahya, orang ramai dinasihatkan supaya membuat semakan dahulu sebelum membuat sebarang pindahan wang atas talian bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Selain itu, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dengan tawaran keuntungan atau pulangan yang tinggi dan menyemak status dengan Bank Negara Malaysia terlebih dahulu agar tidak terpedaya.

“Sebarang nasihat atau maklumat lanjut, boleh dirujuk kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 atau CCID Scam Response Center di talian 03-26101559 / 03-26101599 dan ikuti laman facebook @CyberCrimeAlertRMP
@JSJKPDRM.

“Buat juga semakan pengesahan akaun bank dan nombor telefon yang diragui melalui laman sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/,” katanya.

BERITA LAIN

MCMC, PDRM banteras kegiatan pancing data

PUTRJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia berjaya membanteras kegiatan memancing data (phishing) melalui pautan khidmat pesanan ringkas (SMS) menerusi

BERITA TERBARU

Skuad B-16 Malaysia belasah Timor-Leste, 5-0

KUALA LUMPUR: Skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan memulakan kempen Kejuaraan B-16 ASEAN 2024 dengan bergaya selepas membelasah Timor-Leste 5-0 pada aksi pertama Kumpulan C

Selangor FC tumbangkan Perak FC, 2-1

KUALA LUMPUR: Selangor FC merapatkan jurang mata dengan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas menewaskan Perak FC 2-1 meskipun terpaksa beraksi dengan 10