ARTIKEL

Lelaki Rusia diusir dari Indonesia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BALI: Seorang lelaki warga Rusia diusir dari Indonesia kerana bergambar separuh bogel di sebuah gunung suci di Bali.

BBC melaporkan bahawa gambar seorang lelaki dengan seluarnya di paras buku lalinya ketika di Gunung Agung, tular pada minggu lalu.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai Yuri, sudah memohon maaf tetapi dilarang daripada memasuki Indonesia selama sekurang-kurangnya enam bulan.

Bali baru-baru ini mempertingkatkan usaha untuk mengambil tindakan tegas terhadap pelancong asing yang berkelakuan tidak senonoh.

Gunung Agung, iaitu gunung tertinggi di pulau peranginan itu, dipercayai oleh para penganut agama Hindu sebagai tempat tinggal dewa-dewi.

Seorang pegawai tempatan berkata, tiada alasan bagi kelakuannya itu.

“Dia melanggar norma dan tidak menghormati budaya kami,” kata Ketua Pejabat UndangUndang dan Hak Asasi Manusia, Anggiat Napitupulu seperti dipetik oleh The Jakarta Post. Dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram dalam bahasa Rusia, Yuri berkata tiada alasan untuk kelakuannya itu.

“Satu-satunya perkara yang menyebabkan perkara itu berlaku adalah kurang kesedaran saya,” katanya.

Dia kemudian mengambil bahagian dalam satu upacara bagi membersihkan diri di atas gunung itu iaitu amalan yang biasanya dilakukan warga setempat menyusuli insiden seumpama itu.

BERITA LAIN

Empat maut dalam insiden tanah runtuh di Antipolo

MANILA: Kejadian tanah runtuh di bandar Antipolo, timur Manila meragut empat nyawa setakat ini, menurut jurucakap Pejabat Pengurusan Pengurangan Risiko Bencana Bandar Antipolo, Relly Bernardo

Budak 5 tahun dijangkiti selesema burung

PHNOM PENH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun dari Wilayah Takeo di selatan Kemboja disahkan dijangkiti selsema burung H5N1, menjadikan jumlah kes kepada tujuh sejak

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

BERITA TERBARU