ARTIKEL

Lelaki sempat keluar sebelum rumah roboh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki sempat keluar menyelamatkan diri sebelum rumahnya di Lorong Teruntum 2 Kampung Semariang Batu di sini roboh.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima laporan kejadian kira-kira 4.30 petang tadi dan menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya ke lokasi.


“Setiba di lokasi mendapati rumah atas air itu hampir roboh 100 peratus.


“Penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri sebelum rumah tersebut roboh dan hampir ditenggelami air pasang,” katanya dalam kenyataan.


Justeru, katanya pasukan bomba menasihati pemilik rumah terbabit, Saharulnizan Abang Jali, 42, untuk tidak memasuki rumah atas faktor keselamatan dan membahayakan nyawanya.


“Mangsa menumpang sementara di rumah saudara mara sehingga bantuan tiba,” ujarnya.

BERITA LAIN

Projek pembangunan giat dijalankan di sekitar Debak

SARIBAS: Beberapa pembangunan di kawasan sekitar Daerah Kecil Debak telah dipergiat bagi memastikan kawasan tersebut terus menikmati kemajuan. Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)