ARTIKEL

Lelaki serah diri di balai polis mengaku bunuh isteri direman tujuh hari

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

IPOH: Lelaki yang menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah dan mengaku membunuh isterinya di sebuah hotel semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.


Ketua Polis Daerah Batu Gajah ACP Md Noor Aehawan Mohammad memberitahu Bernama perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Azlin Zeti Zainal Abidin dalam prosiding di Mahkamah Majistret Batu Gajah pada 8.30 pagi tadi.


“Dia direman untuk bantu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan,” katanya.


Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki menyerah diri di balai polis selepas membunuh isterinya dengan menggunakan pisau dalam sebuah bilik hotel di Jalan Pejabat Pos, Batu Gajah, dekat sini.


Md Noor Aehawan dilaporkan berkata suspek berusia 36 tahun itu ditahan pada kira-kira 2 petang selepas memaklumkan kepada kaunter aduan balai polis itu bahawa dia telah membunuh isterinya berusia 32 tahun di hotel terbabit.


– Bernama

BERITA LAIN

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

Pemuda direman akibat pamer aksi ‘wheelie’

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang pemuda menunggang motosikal secara melulu dan membahayakan selepas rakaman video aksi ‘wheelie’ yang tular dikesan polis pada Khamis. Ketua Polis

BERITA TERBARU