ARTIKEL

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili.

Lelaki Sibu ditipu menang nombor ramalan dalam talian tidak wujud, rugi RM55,410

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki di sini mengalami kerugian RM55,410 setelah terpedaya dengan tawaran nombor ramalan dalam talian yang tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili, berkata pada 20 Jun lepas, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu telah menerima laporan polis daripada mangsa.

Beliau berkata, pada 16 Jun lalu, mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 40-an, telah menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa diri dari Tokong Lin Je Kong, Perak.

“Suspek kemudian memaklumkan mangsa telah memenangi nombor ramalan dan mendapat hadiah kemenangan sejumlah RM225,000.

“Namun sebelum wang tersebut dapat dikirimkan, mangsa dikehendaki membayar wang insurans dan wang pemprosesan bank,” Zulkipli melaporkan dalam satu kenyataan semalam.

Zulkipli mengatakan bahawa mangsa, tanpa berfikir panjang, membuat pindahan wang sebanyak 12 kali ke dalam lima akaun bank tempatan seperti mana yang diarahkan oleh suspek.

Selepas kesemua transaksi pindahan wang dilakukan, ujar Zulkipli, suspek kemudian mengarahkan mangsa sekali lagi untuk membuat bayaran sejumlah RM16,580.

“Namun mangsa berasa curiga dan sedari telah terpedaya lalu membuat laporan polis.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan menipu,” jelasnya.

Sebagai langkah pencegahan, Zulkipli menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang tidak munasabah di media sosial seperti Facebook, WhatsApp, Wechat dan sebagainya.

“Semak dahulu sebelum membuat sebarang transaksi bayaran bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa penipuan atas talian,” tegasnya.

BERITA LAIN

Projek naik taraf lima jalan di Meradong siap

BINTANGOR: Penduduk lima penempatan di Meradong kini menikmati kemudahan yang lebih selesa apabila pelaksanaan lima Projek Mesra Rakyat (PMR) membabitkan kerja baik pulih jalan raya

BERITA TERBARU

Singapura benarkan 16 serangga dimakan

SINGAPURA: Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Isnin telah meluluskan 16 spesies serangga untuk makanan manusia termasuk serangga tertentu seperti cengkerik, belalang juta, belalang, “mealworm”, ulat

Jadi usahawan berinovasi

KUCHING: Usahawan Bumiputera perlu menghapuskan sikap kebergantungan kepada kerajaan untuk mengukuhkan perniagaan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Dr

Sean Lee kahwin senyap-senyap

PELAKON Sean Lee membuat kejutan mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya yang juga model, Bay Doucet. Perkara tersebut dikongsikan Sean menerusi Instagramnya dengan meninggalkan beberapa

Ingin kasih sayang ibu

KASIH sayang seorang ibu secara tidak langsung membentuk perkembangan mental dan fi zikal individu. Kasih sayang ibu memberikan rasa aman dan keselesaan, membantu serta membangun