ARTIKEL

Lelaki tempatan dicekup terlibat dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan terbabit penyalahgunaan dadah ditahan di Kampung Haji Baki semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Aidil Bolhassan berkata tangkapan dilakukan hasil serbuan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Padawan sekitar 12 tengah hari di kawasan jalan tangki air.

“Tangkapan pertama melibatkan seorang lelaki memiliki dadah syabu seberat 0.3 gram serta disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.

“Suspek telah direman selama empat hari sehingga 11 September ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen12(2) Akta Dadah Berbahaya yang membawa denda tidak lebih RM100,000 dan penjara tidak melebihi lima tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiga lagi suspek turut ditahan setelah ujian saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

Jelasnya, ketiga-tiga suspek yang ditahan masing-masing berusia 17 hingga 23 tahun.

Dalam pada itu, Aidil turut meminta masyarakat sekitar Padawan membantu menyalurkan sebarang maklumat berkaitan penyalahgunaan dadah agar masalah dapat dibendung secara bersama.

Suspek pertama ditahan bersama dadah jenis syabu seberat 0.30 gram

BERITA LAIN

MK Melugu ungguli anugerah TVPSS

SIMANGGANG: Sekolah-sekolah di Daerah Sri Aman mencatat pencapaian membanggakan apabila meraih pelbagai pengiktirafan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Digital Peringkat Negeri Sarawak 2026 di Dewan

1,350 penerima darjah kebesaran Sarawak

KUCHING: Yang Dipertua Dewan Negara, Dato Awang Bemee Awang Ali Basah dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Azizah Nawawi mendahului penerima Darjah Kebesaran Negeri

BERITA TERBARU