ARTIKEL

Tertuduh (baju hitam merah tengah) diapit pegawai polis untuk dibawa ke Mahkamah Majistret.

Lelaki tempatan didakwa atas kesalahan bunuh bapa saudara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan membunuh bapa saudaranya dengan menikam menggunakan gunting dalam satu kejadian di Kampung Haji Baki, 3 Jun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh Mohd. Khairulnizam Abdullah, 27, selepas satu pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibacakan di hadapan Majistret Zubaidah Sharkawi.

Seksyen berkenaan hendaklah dihukum mati atau penjara selama tempoh 30 hingga 40 tahun sekiranya tidak dihukum mati dan sebatan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh mangsa berusia 55 tahun dalam sebuah rumah di Kampung Haji Baki, Jalan Batu Kitang, sekitar jam 8.30 hingga 8.50 malam, 3 Jun lepas.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 24 Julai depan.

Selain itu, tertuduh tidak ditawarkan sebarang jaminan dan reman dilanjutkan sehingga tarikh sebutan semula kes.

Difahamkan, ketika kejadian, berlaku pergaduhan antara tertuduh dan mangsa hingga menyebabkan kematian selepas ditikam menggunakan dua buah gunting yang dilerai.

Si mati mengalami kecederaan di bahagian dada kanan, tangan sebelah kiri dan belakang badan sebelah kiri akibat daripada tikaman tersebut.

Punca kejadian, kerana tertuduh yang di bawah pengaruh dadah berang ditegur si mati kerana berbuat bising di belakang rumah.

Mangsa rebah selepas beberapa kali ditikam oleh tertuduh dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Difahamkan, tertuduh mempunyai rekod jenayah lampau melibatkan mencederakan ibunya selain terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah.

Pendakwaan kes kendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Arman Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selain itu, siasatan kes dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Inspektor Mohammad Fadini dan Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Ridvaner Haddi.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah

KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.Pengarah

BERITA TERBARU