ARTIKEL

Gambar hiasan

Lelaki tempatan didakwa miliki tiga botol air ketum

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM6,000 atau penjara enam bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana memiliki tiga botol air ketum, November tahun lalu.

Nazri Mohamad Salleh, 35, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Iris Awen Jon.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki bahan psikotropik iaitu Mitragynine di sebuah rumah di Kampung Segedup, sekitar jam, 9.30 malam, 14 November 2023.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 30(5) Akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, semasa kejadian, sepasukan polis telah melakukan serbuan di sebuah rumah di Kampung Segedup lalu menangkap seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti memiliki dadah.

Semasa pemeriksaan, pihak polis menjumpai tiga botol air bersaiz 1.5 liter berisi air berwarna coklat dipercayai air ketum.

Botol-botol tersebut tersimpan di dalam sebuah peti sejuk berwarna merah dalam rumah terbabit.

Siasatan lanjut daripada laporan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan bahawa air tersebut mengandungi Mitragynine.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ruvinasini Pandian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Tiga lelaki tiba-tiba rebah akibat rokok tercemar

BERLIN, Jerman: Dua lelaki tiba-tiba rebah semalamselepas menghisap rokok yang mengandungi bahan tidak diketahui, lapor agensi berita Jerman (dpa). Rokok berkenaan dipercayai dibeli daripada penjual