ARTIKEL

Lelaki tempatan didenda RM2,500 miliki harta curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman denda RM2,500 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan menyimpan harta curi.

Mohd Shah Rahul Larendera, 25, Kampung Bintawa Hilir mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memiliki harta curi iaitu peti simpanan wang milik sebuah kedai minuman terkemuka di hadapan bangunan Mahkamah Lama, Jalan Barack, sekitar jam 8.30 malam, 13 Oktober lalu.

Oleh itu, dia didakwa di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang mana boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Menurut fakta kes, pengadu telah dimaklumkan oleh pekerjanya mengenai peti simpanan wang dan berjumlah lebih kurang RM100 telah hilang dicuri orang.

Pengadu kemudian membuat semakan pada rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali telah masuk dan mengambil mesin tersebut.

Laporan polis dibuat untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh sehari selepas kejadian di kediamannya di Kampung Bintawa Hilir, sekitar jam 7.15 malam, 13 Oktober lalu.

Hasil siasatan, tertuduh telah melakukan kesalahan memiliki harta curi sebuat peti simpanan wang selain pengadu mengesahkan peti tersebut adalah milik syarikat melalui kunci yang dibaca.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

LAIN-LAIN BERITA

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,

Kuarters lama JKR terbakar

SIMANGGANG: Sebuah kuarters lama Jabatan Kerja Raya (JKR) yang tidak berpenghuni terbakar awal pagi tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Tiga (Sri Aman) Muhammad Rais

IPD Kuching akan perkenal platform e-aduan

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching akan memperkenalkan platform e-aduan untuk memudahkan masyarakat menyampaikan aduan jenayah secara dalam talian kepada pihaknya. Ketua Polis Daerah

BERITA TERBARU

Bakih strategik KGC deka ditambah

SARIKEI: Opis Menteri Pemansang Indu, Nembiak Mit enggau Pengelantang Komuniti Sarawak (KPWK) benung chakah ngatur pengawa sida ngambi mayuh agi premis nerima Kenyalang Gold Card

WBC 2024: 13 negara terawal sahkan penyertaan

KUCHING: Seramai 13 petinju dari negara berbeza telah mengesahkan penyertaan mereka untuk bersaing di Kejuaraan Tinju Dunia (WBC) 2024 yang dijadual berlangsung di Stadium Perpaduan,