Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Lelaki tempatan dipenjara 6 tahun, 3 sebatan kerana merompak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
ROMPAK… tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 2 oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.
ROMPAK… tertuduh dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 2 oleh anggota polis menuju ke bilik tahanan sementara mahkamah.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana merompak sebuah kereta Kancil milik seorang lelaki warga emas dengan mengacukan sebilah pisau ke arah mangsa, September tahun lalu.

Tertuduh Mohd Niqa Qastalani Mohamad Ismail, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 kanun yang sama di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di tepi jalan mati belakang sebuah bangunan flat di Jalan Matang, sekitar jam 4.10 petang, pada 30 September tahun lalu.

Sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Menurut fakta kes, semasa kejadian, pengadu berusia 63 tahun hendak pulang ke rumahnya tiba-tiba didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali memohon bantuannya untuk menghantar pulang ke belakang flat di Jalan Matang.

Setiba di jalan mati, tertuduh memaksa pengadu untuk membuka bonet belakang kereta.

Selepas membuka, kunci kereta pengadu yang masih tersangkut di belakang bonet terus diambil tertuduh lalu mengugut mangsa menyerahkan telefon bimbitnya sebelum menyerahkan kunci kereta.

Namun demikian, pengadu enggan menyerahkan telefon bimbitnya. Tertuduh kemudian mengeluarkan sebilah pisau lalu mengacukan kepada pengadu.

Pengadu kemudian lari menyelamatkan diri ke arah jalan utama sambil meminta pertolongan.

Tertuduh seterusnya menghidupkan enjin kereta pengadu lalu melarikan kenderaan terbabit. Semasa kejadian, pengadu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan lanjut seterusnya membawa kepada penangkapan tertuduh pada 4 Oktober 2022 di kediamannya di Taman Suria Jaya sekitar jam 8.30 malam.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman ​​​​Mutallib Mohamad Shariff memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh kerana mengambil kira berat kesalahan dan keselamatan orang awam.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru