ARTIKEL

Dadah yang dirampas dalam satu serbuan yang dilakukan di sebuah kawasan perumahan di Pujut semalam.

Lelaki tempatan ditahan, disyaki edar 219 gram ganja

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang lelaki warga tempatan telah ditahan, setelah disyaki terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah, di sebuah kawasan perumahan di Pujut semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu, berkata penahanan dilakukan dalam satu serbuan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri sekitar jam 12.30 tengah hari.

“Hasil serbuan tersebut telah menjumpai dan merampas satu bekas plastik lut sinar berpenutup merah, di dalamnya terdapat 28 paket plastik lut sinar, masing-masing mengandungi 11 batang rokok berisi dadah jenis ganja, yang berjumlah 308 batang rokok seberat 219 gram.

“Jumlah rampasan barang disyaki dadah dianggarkan bernilai sebanyak RM6,570, dan turut disita adalah sebuah Proton Exora berwarna putih dianggarkan bernilai RM30,000,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Ekoran itu. katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Miri bagi permohonan reman dan membantu siasatan, dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum gantung sampai mati atau jika tidak dihukum mati, boleh dipenjara seumur hidup dan dikenakan sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan,” jelasnya.

Pada masa sama, Alexson menasihatkan orang awam yang mempunyai maklumat tentang aktiviti penyalahgunaan dadah untuk segera melaporkannya ke balai polis berhampiran agar aktiviti ini dapat dibendung dan dibanteras bersama.

BERITA LAIN

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU