ARTIKEL

Dadah yang berjaya dirampas sebagai barang bukti- IPD Bintulu

Lelaki tempatan ditahan edar dadah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BINTULU: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah dalam Ops Tapis Khas di sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superitendan, Nixon Joshua Ali berkata, suspek yang juga warga tempatan berusia 44 tahun diberkas di Pasar Lama Bintulu, ketika operasi dilakukan di sekitar kawasan berkenaan.

Susulan tangkapan itu, katanya, polis berjaya merampas dadah disyaki jenis Syabu dianggarkan seberat 5.03 gram daripada suspek.

“Lelaki ini telah disiasat di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan hasil ujian saringan awal polis mendapati dia juga positif dadah jenis Meth yang membawa siasatan di bawah Seksyen 15(1)(A) ADB 1952.

“Hasil siasatan awal dipercayai dadah untuk pengedaran di sekitar kawasan pasar Bintulu boleh digunakan untuk 15 hingga 20 orang penagih,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, jika sabit kesalahan memiliki dadah di bawah Seksyen 39A(1) ADB 1952 boleh di penjara tidak lebih 5 tahun dan tidak kurang tiga kali sebatan manakala jika disabitkan kesalahan di bawah Sek.15(1)ADB 1952 pula boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan pengawasan dua tahun.

Baca lain  Betong tuan rumah sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 

“Tangkapan ini merupakan salah satu usaha PDRM dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah, di samping mencegah aktiviti jenayah di daerah Bintulu.

“Sehubungan itu, saya juga menasihatkan orang ramai, jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan dadah di daerah ini boleh memaklumkan kepada Bilik Gerakan PDRM, IPD Bintulu di talian 086-318304 atau Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Bintulu,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh